dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Parit Othman, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Tiny Techies : Robot Sumo

27 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Sesi pembelajaran Robot Sumo merupakan salah satu program menarik di bawah anjuran TinyTechies melalui Perkhidmatan Pintar NADI. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah mengenai dunia teknologi, robotik, dan pengaturcaraan asas.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Parit Othman turut berpeluang menghantar dua orang wakil yang terdiri daripada dua pelajar lelaki Tahun 6 untuk menyertai program ini. Sepanjang program, peserta dibahagikan kepada empat bahagian pembelajaran utama, iaitu:
1. Memahami kit dan membina robot.
2. Mengaturcara pergerakan asas dengan Micro:bit.
3. Pergerakan robot menggunakan sensor.
4. Strategi Sumo Robot.

Setakat ini, para pelajar telah mengikuti empat sesi pembelajaran yang dijalankan. Pada minggu pertama, mereka memulakan perjalanan pembelajaran dengan aktiviti unboxing kit Micro:bit dan robot Sumo bagi mengenali komponen utama yang akan digunakan sepanjang program. Seterusnya pada minggu kedua, para pelajar diberi penerangan mengenai objektif dan pengenalan menyeluruh tentang program ini agar mereka lebih memahami hala tuju dan matlamat yang ingin dicapai.

Memasuki minggu ketiga, peserta mula menunjukkan minat dan semangat apabila mereka diberi tugasan untuk memasang sendiri robot Sumo dengan menyusun beberapa komponen asas seperti tayar dan sensor. Proses ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami fungsi setiap bahagian robot dengan lebih mendalam. Pada minggu keempat, mereka meneruskan aktiviti dengan menyiapkan baki sensor, melaras wayar serta menyambungkan bateri sebelum mencuba menghidupkan robot buat kali pertama. Aktiviti ini amat menyeronokkan kerana pelajar dapat melihat hasil usaha mereka berfungsi secara nyata.

Pada sesi yang akan datang, para peserta dijangka akan belajar membuat kod (coding) mengunakan aplikasi Makecode bagi menggerakkan robot mereka secara automatik. Program ini bukan sahaja menarik dan menyeronokkan, malah sangat membantu pelajar meneroka dunia teknologi serta mengasah kemahiran berfikir secara kreatif dan logik sejak di peringkat sekolah rendah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.